Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: Bekas jurubank Goldman setuju diekstradisi ke AS

Bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng hari ini bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) bagi menghadapi perbicaraan di sana.

Ng ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyatakan persetujuan apabila hakim MM Edwin Paramjothy membacakan syarat-syarat ekstradisi tersebut.

Bagaimanapun, Ng memberitahu melalui peguamnya di Malaysia, Tan Hock Chuan bahawa beliau akan diekstradisi dalam masa 30 hari.

Sementara itu timbalan pendakwa raya (DPP) Faizal Aswad Masri berkata di bawah undang-undang Menteri Dalam Negeri mempunyai tiga bulan untuk mengusirnya.

Ng dikatakan menghadapi pertuduhan di Amerika Syarikat yang mana tuduhan itu dibuat oleh Mahkamah Timur di New York.

Edwin merekodkan bahawa Ng memberikan keizinan untuk mengetepikan cabaran terhadap ekstradisi itu.

Lihat Komen
ADS