Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih banyak barang dikawal harga atasi kenaikan kos sara hidup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyedari beban kos sara hidup yang dialami rakyat di negara ini dan mengambil langkah perlu bagi menanganinya.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata antara tindakan yang akan diambil ialah mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan lebih banyak barangan keperluan dalam senarai barang kawalan.

Tidak ketinggalan, katanya, ialah mencadangkan agar tambang bagi perkhidmatan komuter diberi potongan harga sehingga 20 peratus.

Bagaimanapun kata Saifuddin cadangan tersebut tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majis Bertindak Kos Sara Hidup Negara di Putrajaya, Saifuddin berkata KPDNHEP diminta melihat kepada beberapa barangan pengguna yang dianggap popular tetapi berdepan isu kenaikan harga.

"Mesyuarat tadi tidak menyatakan secara khusus (mengenai langkah yang perlu diambil) tetapi KPDNHEP diminta supaya membuat penelitian serta memberi cadangan," katanya.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk rekod ketika ini barangan yang dimasukkan sebagai kawalan termasuklah gula, susu, garam dan minyak masak. [Semak senarai barang kawalan di sini]

Mengenai tambang komuter, Saifuddin berkata cadangan itu dikemukakan Kementerian Pengangkutan.

"Kementerian terbabit akan menyediakan satu memorandum dan menyerahkan cadangan tersebut kepada kabinet," katanya.

Saifuddin yang juga yang juga anggota parlimen Kulim - Bandar Baru menambah isu kenaikan kos sara hidup sekarang perlu ditangani segera dan majlis terbabit sedang cuba melakukannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS