Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Muhyiddin: K'jaan belum putuskan untuk lindungi hakim Hamid

Putrajaya masih belum membuat keputusan untuk memberi perlindungan kepada Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berhubung pendedahannya mengenai dakwaan salah laku dalam kehakiman, maklum Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Jadi ia bergantung (keadaan), kita masih belum mencapai tahap itu," kata beliau kepada media di Semenyih.

Bagaimanapun, beliau menasihati Hamid supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi mendapatkan perlindungan.

"Saya rasa terdapat keperluan untuk laporan itu difailkan beliau, untuk disusuli dengan tindakan polis, agensi lain yang terlibat, SPRM... atau apa sahaja, saya tidak tahu.

"Dan, kita akan melihat betapa penting dan seriusnya dan sekiranya ada keperluan untuk memberikan beberapa bentuk perlindungan.

"Pada tahap ini, saya tidak fikir saya boleh jawab (soalan iitu)," jelasnya.

Pada 14 Februari lalu, Hamid mendakwa beberapa anggota badan kehakiman tertentu bersubahat membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam satu afidavit yang difailkan menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan ketua hakim negara gagal mempertahankan kewibawaan badan kehakiman dalam dua kejadian yang didakwa berlakunya campur tangan terhadap kehakiman.

Hamid berkata beliau sedia untuk mendedahkan lebih banyak lagi perkara jika suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat hal itu, tetapi melahirkan rasa kesal kerana Ketua Hakim Negara Richard Malanjum tidak menubuhkan RCI.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS