Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Saya peluk dia dan cakap kau ni bodoh bro' - Papagomo

Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan di Semenyih awal hari ini.

Bagaimanapun, Papagomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai kejadian nyaris dipelangkung penyokong BN di Semenyih, Syed Saddiq berkata Papagomo menyerbu ketika beliau sedang berjalan ke arah kereta.

"Semasa itu, polis dan beberapa anggota Unit Amal mengiringi saya untuk bawa ke depan. Bila bawa ke depan, mereka tetap kejar dan ikut kami. 

"Sambil tengah jalan, dah separuh jalan, tiba-tiba Papagomo datang dari kanan (yang ada parit) dan belakang dan guna (lengan) tangan kiri dia (mengunci) kat tengkuk belakang saya dengan kuat.

"Saya tak tau apa niat dia tapi dia ugut: "Jangan cari pasal dan jangan datang dekat kami." Saya tak cakap apa dan jalan depan terus, lepas tu polis cepat-cepat tolak dia ke belakang," katanya.

Ketika dihubungi, Wan Muhammad Azri mendakwa beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq daripada diserang penyokong yang cuba menyerbu MP Muar itu.

Bukan cekik tapi cekak

"Jadi saya pergi dan peluk dia. Saya selamatkan dia. Kenapa saya nak serang dan burukkan nama Umno sedangkan semua orang kenal saya.

"Saya pergi peluk dia dan saya cakap "kau ni bodoh bro". Dia pusing dan sahut, "eh Gomo?" Katanya.

Beliau juga menafikan mengunci leher Syed Saddiq menggunakan lengannya dan berkata kejadian itu berpunca daripada ketua pemuda Bersatu itu sendiri.

"Bukan cekik, tapi cekak guna lengan saya dan pegang bahu dia. Kemudian, polis datang dan suruh saya jarak.

"Syed Saddiq sengaja nak cetuskan provokasi. Janganlah buat report tu hanya untuk publisiti murahan. Orang nak kejujuran dari dia," jelasnya.

Syed Saddiq dipersalahkan kerana didakwa menjadi punca kekecohan apabila berjalan melewati kumpulan penyokong BN.

Pasukan Syed Saddiq menafikan hal ini.

Pada suatu hantaran Twitter kemudiannya, Papagomo berkata sepatutnya beliau "mencium" Syed Saddiq jika tahu ketua pemuda Bersatu itu akan membuat laporan polis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS