Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersatu masuk Sabah: Shafie buat kenyataan esok

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking menyerahkan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memberi kenyataan berhubung kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah.

Beliau berkata Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, dijangka membuat kenyataan berhubung perkara itu esok.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam bahawa parti itu bersetuju menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota Umno Sabah menyertainya.

Terdahulu, Darell, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ​​​​​​​merasmikan InstitutAutomotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Sabah di Penampang, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, tiada sebarang pertemuan diadakan antara Mohd Shafie dan anggota MajlisTertinggi Warisan setakat ini, namun, pada kebiasaannya perjumpaan antara pemimpin tertinggi parti diadakansetiap Sabtu dan Ahad.

- Bernama

Lihat Komen
ADS