Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hadi elak wartawan kerana adab berjemaah'
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 11:43 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengelak media kelmarin kerana mahu membuat penjelasan kepada kepimpinan parti terlebih dahulu, kata setiausaha politiknya.

Syahir Sulaiman mengaitkan perkara itu dengan “adab berjemaah”.

“Mengapa Tuan Guru (Hadi) tidak menjawab soalan wartawan semalam, walaupun Tuan Guru boleh menjawabnya, adalah kerana Tuan Guru mahu menjelaskan kepada pimpinan tertinggi parti di dalam mesyuarat hari ini.

“Inilah akhlak dan adab berjemaah yang ditunjukkan oleh Tuan Guru,” tulisnya di Facebook semalam sambil menggunakan tanda pagar #kepimpinanAyahChik.

Hadi dalam pertemuan dengan Mahathir minggu lepas.

Hadi kelmarin dilaporkan mengelakkan diri daripada wartawan yang mahu mendapatkan penjelasannya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan menyokong Umno pada pilihan raya kecil Semenyih.

Hadi dilaporkan diiringi pengawal peribadi, sekurang-kurangnya empat orang, dan terus meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan penutupan sebuah acara di Chukai, Terengganu.

Syahir turut menaiki kenderaan sama.

Terdahulu pada hari itu, Mahathir berkata Hadi berjanji PAS tidak akan menyokong Umno alam pilihan raya kecil Semenyih.

Umno dan beberapa pemimpin PAS mempertikai kenyataan itu.

Lihat Komen
ADS