Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Nak baca apa? Bill Gates cadangkan buku skandal 1MDB
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 12:40 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Skandal 1MDB turut menarik perhatian pengasas Microsoft Bill Gates, yang juga antara orang paling kaya dan berpengaruh di seluruh dunia.

Gates ketika ditanya buku yang mahu dicadangkannya, terus memetik Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World oleh Tom Wright dan Bradley Hope

“Buku pilihan saya ialah Billion Dollar Whale, sebuah kisah sedih rasuah dalam kewangan antarabangsa,” katanya dalam wawancara di sebuah stesen televisyen.

Rakaman cadangan itu dimuatkan di Instagram Wright sebentar tadi.

Gates menyifatkan buku berkaitan ahli perniagaan kontroversi dalam buruan Jho Low itu seperti Bad Blood: Secrets and Lies in a Silicon Valley Startup karya John Carreyro yang menyentuh itu bioteknologi.

“Bacaan menarik, mudah dibaca, mendebarkan,” kata Gates.

 


Lihat Komen
ADS