'Tiada warga Malaysia terlibat kebakaran hotel di Mekah'
Diterbitkan: Feb 18, 2019 2:03 PM
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran di sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi, semalam, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.
"Setakat maklumat yang ada pada kami (Kementerian Luar), tiada rakyat Malaysia terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Rakaman video berdurasi 31 saat yang memaparkan satu aras di hotel itu terbakar tersebar di laman sosial hari ini.
Media antarabangsa melaporkan kebakaran yang berlaku di hotel kira-kira 11.40 pagi itu dapat dikawal pasukan bomba sebelum merebak ke seluruh bangunan.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.