Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maxis lantik Gokhan Ogust sebagai CEO
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 6:04 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Maxis Bhd melantik Gökhan Ogut sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mei, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Maxis berkata Ogut, yang dilantik sebagai ketua pegawai operasi sejak 1 Sept, 2018, akan mengambil alih daripada CEO sementara Robert Nason.

"Kami yakin pengalaman luas serta tumpuan beliau terhadap inovasi dan pertumbuhan, beliau merupakan calon yang tepat untuk memacu strategi baharu kami,” kata Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Menurut Maxis, Ogut sebelum ini berkhidmat sebagai CEO di Vodafone Turkey. Sebelum itu beliau merupakan pegawai kanan pemasaran serta pengurusan am di syarikat terkemuka dan besar seperti Danone dan Procter and Gamble, dengan memegang jawatan dengan tanggungjawab domestik dan global di Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.

Sementara itu, Maxis berkata lembaga pengarah menyediakan tempoh peralihan yang lancar antara Ogut dan Nason, yang akan tamat apabila kontrak Nason sebagai CEO sementara berakhir pada 30 April 2019.

"Nason akan terus menjadi anggota lembaga pengarah sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas, dan akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat dan ahli Jawatankuasa Audit," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS