Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih kecewa calon PH dan BN enggan berdebat
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 12:25 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Bersih menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan calon PH dan BN menolak debat calon yang dicadangkan gabungan badan proreformasi pilihan raya itu.

Calon-calon, kata pengerusinya Thomas Fann, sepatutnya menggunakan pentas debat calon untuk menjelaskan perancangan dan visi mereka untuk kawasan parlimen itu.

“Debat bukan sahaja budaya positif yang kita mahu lihat di Malaysia, tetapi juga prasyarat untuk setiap wakil yang terpilih, kerana mereka perlu berdebat pelbagai isu di Dewan Undangan Negeri (atau parlimen),” katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas sama ada ia akan menjadi kenyataan, Fann berkata jika hanya seorang dua sahaja yang bersedia, cadangan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Di sebalik perkembangan itu, beliau bagaimanapun berkata akan terus menganjurkan acara sebegitu atas kepercayaan ia arah yang betul untuk politik Malaysia.

Calon Pakatan Harapan (PH) di Semenyih Muhammad Aiman Zainali hari ini mengikuti jejak langkah lawannya dari BN Zakaria Hanafi dengan menolak debat itu.

Setakat ini hanya calon Parti Sosialis Malaysia's (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul yang menyatakan kesediaannya.

Calon bebas Kuan Chee Heng pula belum memberikan jawapan, kata Fann.

Bersih bercadang mengadakan debat itu di kampus Universiti Nottingham Malaysia pada 25 Februari.

Lihat Komen
ADS