Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelantikan speaker dibuat oleh yang dipertua negeri - Gerawat
Diterbitkan:  Feb 20, 2019 7:18 AM
Dikemaskini: 11:18 PM

Pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibuat oleh Yang Dipertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri mengikut Perkara 15(1) (a) perlembagaan negeri Sarawak, kata Timbalan Speaker Datuk Gerawat Gala.

Seorang speaker hendaklah dari kalangan orang yang menjadi anggota, atau layak dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih mengikut Perkara 18.

"Ketua Menteri sebagai pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat kepercayaan dan sokongan dari 72 daripada 82 anggota DUN yang dipilih. DAP mempunyai tujuh anggota DAP yang dipilih, "katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas desakan ADUN Padungan Wong King Wei untuk Speaker DUN Sarawak meletak jawatan

Gerawat berkata bukan menjadi amalan parlimen yang memerlukan tujuh anggota DAP itu mendesak speaker berbuat demikian, berbanding dengan sokongan majoriti 72 anggota.

“Wong dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN kerana kenyataannya yang menghina, berbaur kesat dan berniat jahat yang dilafazkan di Dewan dan dengan itu, beliau telah menyalahgunakan hak istimewanya,” kata beliau.

Gerawat berkata tindakan merujuk Wong kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan adalah sejajar dengan Parlimen Westminster dan Peraturan Tetap 89 dan di bawah Erskine May’s “Parliamentary Practice edisi ke-24.

Speaker adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak Keistimewaa. Definisi “Speaker” termasuk Timbalan Speaker di bawah Peraturan Tetap 2 Ordinan Hak Keistimewaan dan Kuasa DUN 2007.

”Prosiding Jawatankuasa Hak Keistimewaan disusun dalam laporan yang akan dibentangkan pada persidangan DUN.

Laporan ini akan dibahaskan dan Anggota Parlimen Padungan boleh mengambil bahagian sepenuhnya dan membela dirinya terhadap apa-apa cadangan oleh jawatankuasa tersebut, "katanya.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS