Aktivis Gunung Jerai dakwa diancam bunuh
Kumpulan aktivis yang menentang projek kuari di hutan simpan Gunung Jerai meminta Peguam Negara mempercepatkan siasatan.
Kumpulan itu mendakwa mereka menerima ugutan dan ancaman bunuh. Antara mereka termasuklah Penolong Setiausaha Agung Sahabat Alam Malaysia (SAM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Kata Azami surat akan dhantar kepada pejabat Peguam Negara secepat mungkin.
" Saya syaki ancaman yang saya terrima pada 25 Januari lalu ada kaitan dengan penglibatan saya dalam kempen menentang projek kuari itu,"
"Memandang pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini, saya akan menghubungi peguam saya dan menulis surat kepada Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail untuk dipercepatkan siasatan"katanya.
Azmi adalah antara 12 wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang melancarkan kempen menyelamatkan Gunung Jerai pada 24 Januari lalu
Menurut Azmi, sehari selepas itu seorang yang menamakan dirinya Ah Seng menelefon isteri untuk memberi amaran supaya kempen itu dihentikan.
Seorang lagi aktivis, Aziz Man pula mendakwa menerima SMS ancaman bunuh. Ancaman itu diterima pada 21 Januari lalu.
Penyalaras SAM, Anuar Mahmod pula mendakwa dia ditawarkan RM40,000 untuk meninggalkan dari kempen itu.