Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan ketepikan hukuman penjara Adun Meru

Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman penjara lapan bulan terhadap Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar kepada denda RM1,800 atas sabitan menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan i Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan pada 2015.

Hakim Umi Kalthum Abdul Majid yang mengetuai panel tiga hakim itu berkata mereka sebulat suara untuk mengketepikan hukuman penjara lapan bulan.

"Ini susulan rayuan hanya berhubung hukuman itu dan bukan mengenai sabitan kesalahan (untuk hasutan).

"Oleh itu, kami bersetuju untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda RM1800 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya," katanya.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Harminder Singh Dhaliwal dan Stephen Chung.

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Mohd Fakhrulrazi dari Parti Amanah atas kesalahan berkenaan yang didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman dan sabitan kesalahannya.

Hakim, Azman Abdullah berkata keputusan mahkamah sesyen pada Ogos 2016 itu adalah “selamat dikekalkan”.

Menurutnya, Fakhrulrazi menggunakan loudhailer di perkarangan Sogo di Kuala Lumpur dalam menuduh kerajaan menzalimi Anwar.

Selain beliau, lapan aktivis lain termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah turut didakwa berkaitan perhimpunan sama.

Lihat Komen
ADS