Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang menyimbah cat hitam pada tembok konkrit Istana Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 5.35 petang tadi.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 1.26 tengah hari sebelum kita

menerima laporan pada 5.35 petang dan polis kini sedang menjalankan siasatan.

“Kita juga akan meneliti rakaman CCTV berdekatan istana bagi mengenal pasti pelakunya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS