Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq sokong idea bina hospital di Semenyih

PRK SEMENYIH | Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan calon mereka Muhammad Aiman Zainali yang meminta sebuah hospital dibina di kawasan berkenaan.

Kata Syed Saddiq, dalam isu itu Muhammad Aiman mempunyai hujah yang kuat dan sesuai dengan keperluan semasa.

Katanya kawasan Semenyih menyaksikan pertambahan penduduk serta peningkatan pesara kerajaan yang menetap di situ, justeru sebuah hospital diperlukan bagi kegunaan masyarakat setempat.

"Idealismme yang ditunjukkan Aiman penting dan dia memang nak perkara ini (pembinaan hospital) berlaku.

"Dia memberikan sebab yang kuat," katanya kepada media semasa melawat Semenyih semalam.

Untuk rekod bagi penduduk kawasan berkenaan hospital yang terdekat terletak di bandar Kajang. Jarak di antara kemudahan itu dengan kawasan terjauh di Semenyih - iaitu Beranang - dianggarkan kira-kira 20km.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tidak ada perancangan daripada kerajaan untuk membina kemudahan berkenaan di Semenyih.

Bagaimanapun kata Dzulkefly kemudahan di pusat kesihatan di situ akan dipertingkatkan.

Syed Saddiq berkata walaupun Kementerian Kesihatan berkata belum ada perancangan untuk membina hospital di Semenyih ia tidak bermaka kemudahan itu tidak akan dilaksanakan langsung.

Menteri Belia dan Sukan itu juga menafikan Dzulkefly mensabotaj calon PH dengan kenyataan tersebut

Sebaliknya kata Syed Saddiq anggota parlimen Kuala Selangor itu adalah orang yang sangat baik.

"Dr Dzul macam seorang bapa. Dia bersama kami dalam satu keluarga. Dia memang seorang yang sangat baik," katanya.

Lihat Komen
ADS