Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim selar 'bohong patuh syariah' dalam politik Malaysia
Diterbitkan:  Feb 21, 2019 12:46 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Veteran DAP Lim Kit Siang menyelar pendekatan menghalalkan pembohongan dalam politik Malaysia.

“Politik Malaysia dan hal ehwal semasa telah tercemar dengan pembohongan dan kepalsuan – dengan percubaan kreatif mewajarkannya dengan penggunaan istilah 'pembohongan patuh syariah' yang dicipta,” kata Lim.

Lim berkata demikian ketika mengulas dakwaan parti-parti selain Bersatu dalam Pakatan Harapan cuba menggerakkan undi tidak percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tersebar juga senarai mendakwa seramai 101 anggota parlimen sudah bersedia mengundi menolak Mahathir daripada pelbagai negeri.

Senarai itu mendakwa ia termasuk lapan dari Kedah, Pulau Pinang (10), Perak (14), Selangor (17), Kuala Lumpur (7), Melaka (2), Negeri Sembilan (5), Johor (12), Sabah (8), Sarawak (12) dan masing-masing satu dari Terengganu dan Kelantan.

Lim juga berkata sebuah laman web turut menyiarkan laporan palsu menyebutnya sebagai berkata DAP sedia meninggalkan PH jika masalah dalaman berterusan.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata beliau telah menandatangani ikrar sokongan 18 anggota parlimen PAS jika usul undi tidak percaya dibuat ke atas Mahathir.

Beliau mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang untuk menyingkirkannya.

Namun beberapa pemimpin parti komponen PH menafikannya.

Beberapa pemimpin PAS kini giat tampil menyatakan sokongan terhadap Mahathir sambil menyelar DAP, Amanah dan PKR.

PAS sebelum itu terpalit kontroversi video anggota parlimennya dari Kelantan Nik Abduh Nik Aziz berkaitan dakwaan pemimpinnya menerima wang RM90 juta daripada Umno.

Lihat Komen
ADS