Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Calon BN Zakaria Hanafi menyifatkan debat yang dianjurkan Bersih tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan hanya mengutamakan populariti calon bertanding.

Katanya, dia menolak pelawaan debat itu kerana ingin memberi fokus kepada usaha mendekati rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah dibangkitkan.

"Saya hendak tumpu selesaikan masalah rakyat. Kalau debat itu soal peribadi, saya dan dia (calon Pakatan Harapan) saja yang akan dapat populariti.

"Kita hendak berkhidmat kepada rakyat bukannya hendak berpidato. Kalau hendak pidato sijil saya dah banyak," katanya ketika ditemui media padi tadi.

Zakaria bersama Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu melakukan program ziarah kasih di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Semenyih pagi tadi.

Dia bersama jentera Pemuda Umno turut bersarapan pagi bersama orang kampung di sekitar kawasan itu.

Semalam, calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali menolak untuk menyertai debat anjuran Bersih disebabkan calon BN enggan menghadirkan diri.

Hal ini menurut Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata sesuatu perdebatan pilihan raya hanya bertukar menjadi sekadar ucapan jika calon utama tidak hadir.

"Sebab saya ingat pada peringkat awal, saya dimaklumkan calon Umno tidak ingin debat, atau tarik diri, jadi pada peringkat tersebut ada perbincangan berkenaan jika terdapat keperluan (ikut terlibat), saya rasa dalam bab ini, kami akan lihat apa yang akan jadi," jelasnya Syed Saddiq.

Sehingga kini hanya calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul bersetuju menerima pelawaan Bersih untuk berdebat.

Bersih bercadang untuk mengadakan debat berkenaan dengan menampilkan calon bertanding dalam PRK Semeyih di kampus University of Nottingham Malaysia di Semenyih.

Sementara itu, Zakaria ketika ditanya mengenai serangan peribadi dan ancaman terhadapnya sepanjang kempen.

Beliau berkata, ada beberapa fitnah yang dikaitkannya tersebar dan menyerahkan kepada pihak parti untuk mengambil tindakan lanjut.

Lihat Komen
ADS