Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Samsung lancar telefon pintar premium siri Galaxy S10
Diterbitkan:  Feb 21, 2019 3:54 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Samsung Electronics Co., Ltd menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang tersedia bagi pra-pesanan menerusi laman web rasmi syarikat itu bermula 10 pagi esok sehingga 28 Feb.

Semua tiga model dalam siri Galaxy S10, iaitu S10 Plus, S10, dan S10E berharga antara RM2,699 and RM4,599.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih, DJ Koh berkata, siri Galaxy S10 disasarkan bagi mereka yang mahukan telefon pintar premium dengan prestasi berkuasa tinggi.

"Bagi mereka yang mencari peranti dengan prestasi terbaik, Galaxy S10 Plus memiliki setiap spesifikasi daripada paparan kepada kamera hinggalah kepada prestasi tinggi.

"Sementara itu Galaxy S10E dibangunkan bagi pelanggan yang mahukan semua keperluan premium dalam pakej kompak di skrin rata,” katanya semasa previu siri Galaxy S10 , di Kuala Lumpur, hari ini.

Telefon pintar premium itu, katanya, menjadi penanda aras bagi telefon mudah alih generasi seterusnya.

Sejak pelancarannya sepuluh tahun lalu, siri Galaxy S telah dikenali dengan inovasi premium dan pengalaman pelanggan yang luar biasa, katanya.

Menurut Koh, venue bagi pelancaran rasmi telefon pintar Galaxy S10 adalah di Genting Highlands pada 1 Mac.

Dengan tiga warna untuk dipilih, Prism White, Prism Black dan Prism Green, telefon pintar ini telah diiktiraf oleh pengulas di seluruh dunia bagi paparan terbaik dalam kelasnya, reka bentuk, kamera dan inovasi prestasi.

Pelanggan yang membuat pra-pesanan akan menerima hadiah menarik seperti Galaxy Buds, perlindungan skrin dan jam Galaxy yang bernilai antara RM639 dan RM1,479.

Bagi maklumat lanjut mengenai siri Galaxy S10, pelanggan boleh melayari http://news.samsung.com/my, http:www.samsungmobilepress.com atau www.samsung.com/galaxy.

- Bernama

Lihat Komen
ADS