Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Hati-hati, ada ikan diberi makan babi'
Diterbitkan:  Feb 21, 2019 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa terdapat ikan ternak yang diberi makanan berasaskan babi.

Menurut presidennya SM Mohamed Idris, pada tahun 2009 terdapat sesetengah kolam ternakan ikan menggunakan air buangan dari kandang babi untuk membersihkan makanan ikan.

"Pada 2013, seorang penternak didakwa kerana memberi makan ikan patinnya dengan usus babi," katanya lapor Malay Mail Online.

Kenyataannya itu turut dirujuk bersama dapatan dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia pada 2010.

Dapatan itu mendedahkan 40 peratus daripada pengilang makanan haiwan di negara ini menggunakan kandungan berasaskan binatang.

SM Mohamed berkata perkara itu menimbulkan keraguan kerana Majlis Fatwa Negara berpendapat haiwan yang diberi makan dengan makanan bukan halal adalah haram.

Bagaimanapun, katanya, dalam manual prosedur pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), makanan haiwan berada dalam kategori produk yang tak dapat disahkan (halal).

Lihat Komen
ADS