Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Datuk Gong di surau dicuri dari rumah berdekatan'
Diterbitkan:  Feb 21, 2019 6:49 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Polis menerima laporan daripada seorang individu 50 tahun mendakwa berhala Taoisme Datuk Gong kepunyaannya hilang.

Laporan itu dibuat pada masa hampir sama dengan kekecohan isu Datuk Gong ditemui di sebuah surau, tidak jauh dari rumahnya.

“Kali terakhir pengadu lihat berhala itu kira-kira jam 4 petang semalam selepas dia membersihkan.

“Jarak dari rumah pengadu ke surau kira-kira 50 meter,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Menurut laporan polis, berhala yang bernilai kira-kira RM300 diletakkan di luar rumahnya, dekat dengan pintu depan yang tidak berkunci.

Penduduk Taman Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang sebelum ini dikejutkan dengan penemuan berhala itu yang didakwa seolah-olah menghina ajaran Islam.

Ia diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda petang semalam oleh pihak yang belum dikenal pasti.

Sementara itu, polis berkata mereka menyiasat perbuatan itu bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, berkaitan perbuatan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mencemarkan sesuatu agama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS