Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRK SEMENYIH l Sebuah kereta milik pembantu kepada calon BN rosak akibat disimbah cat malam tadi.

Menurut Rahmad Musa kejadian tersebut berlaku di luar bilik gerakan BN di Kampung Rinching Hulu.

"Saya datang bersama calon ke situ untuk bertemu dengan jentera parti pada jam 10 malam. Lebih kurang 20 minit kami di sana.

"Ketika itu kami nampak sebuah kereta lain membuat pusingan U depan khemah tapi kami tak mengesyaki apa-apa sebab kami nampak kereta itu pusing saja.

"(Kemudian) baru kami sedar yang bonet depan kereta saya, cermin depan sudah ada cat," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rahmad mereka menyedari kejadian itu kira-kira jam 10.30 malam.

Bekas guru yang kini menjadi ketua Umno Cawangan Kampung Sesapan Batu Rembau di Beranang itu berkata dia sudah melaporkan kejadian itu kepada polis malam tadi.

Ditanya sama ada BN mengesyaki sesiapa yang melakukan perbuatan itu Rahmad, 51, berkata dia tidak mempunyai sebarnag maklumat mengenainya.

Bagaimanapun Rahmad sedih kerana dia mendakwa BN melakukan kempen secara sihat dan mengelak daripada mengecam lawan.

"Kami hanya baca calon untuk ceritakan apa yang dia nak buat dan tak ada kutuk calon lain," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS