Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis rampas kereta, wang tunai dari rumah Roger Ng

Polis pada Selasa lalu menyerbu rumah bekas pengarah urusan Goldman Sachs Roger Ng dan merampas tiga buah kereta dan wang tunai RM49,000, menurut sumber Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

Menurut sumber lagi, dalam serbuan di Damansara Heights, Kuala Lumpur, kereta-kereta yang dirampas daripada jenis Toyota Alphard, a Toyota Prius dan BMW.

Model khusus BNW itu tidak dinyatakan.

Serbuan itu dibuat susulan siasatan polis terhadap 1MDB, kata sumber lagi.

Bulan lepas, polis menyerbu syarikat guaman Rahmat Lim & Partners dan merampas dokumen berkaitan pelaburan negara sarat hutang itu.

Rahmat Lim & Partners mewakili Goldman Sachs ketika pengeluaran bond 1MDB yang keseluruhannya bernilai AS$6.5 bilion pada tahun 2012 dan 2013.

Ng ditahan pada 1 November lalu selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dia kemudian didakwa oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS bersama bekas pegawai bank Goldman Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, berkaitan beberapa pertuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB.

Pada 15 Februari lalu, Ng bersetuju diekstradisi ke AS untuk berdepan pertuduhan itu.

Peguam Negara Tommy Thomas bagaimanapun menasihatkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menghantarnya ke AS selepas kesnya di mahkamah Malaysia selesai.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan oleh AG bahawa Ng akan berdepan pertuduhan bulan depan.

[Baca berita asal]


Lihat Komen
ADS