Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno mahu siasatan adil dakwaan PH beli undi
Diterbitkan:  Feb 22, 2019 2:59 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

PRK SEMENYIH | Pemuda Umno mendesak pihak berkuasa menyiasat secara adil dan telus berhubung cubaan membeli undi oleh Pakatan Harapan (PH) pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap laporan polis yang dibuat pihaknya akan disiasat mengikut peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kerana jelas menyalahi undang-undang. Harapnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pilih kasih dan mengamalkan dua piawai berbeza untuk parti pemerintah dan pembangkang.

"Jika di Cameron Highlands, BN telah dinafikan kerusi Parlimen mengikut peruntukan akta yang sama, tiada sebab SPR tidak mengambil tindakan serupa dalam kes di DUN Semenyih ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Mohd Zaidy Abdul Kadir membuat laporan polis atas dakwaan cubaan membeli undi di Semenyih oleh PH melalui pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 10:00 malam tadi.

Lihat Komen
ADS