Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kebajikan pelajar keutamaan BN jika berkuasa semula - Najib

Kebajikan pelajar akan menjadi salah satu tumpuan utama BN jika parti itu dapat mentadbir semula negara ini, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Bercakap pada majlis bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang ini, beliau juga menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan dasar bagi membantu pelajar secara kewangan, termasuk pemberian geran MyBrain untuk Ijazah Kedoktoran (PhD) dan Ijazah Sarjana (Master).

"Saya nak nyatakan komitmen saya dan rakan-rakan dalam BN, kami akan teruskan kalau ada kuasa dan peluang nanti, kebajikan para pelajar akan diberi keutamaan insha Allah.

"(Pembatalan) Program Mybrain ni sesuatu yang saya rasa terkedu sangat sebab Mybrain ni melanjutkan pelajaran mahasiwa ke sarjana dan kedoktoran.

"Jadi inilah satu yang akan merosakkan modal intelektual negara kita pada jangka panjang. Sehari dua tak nampak, tapi masa akan datang akan berlaku kelompongan dari segi keintelektualan akademik dan negara kita keseluruhan kalau program Mybrain ni tak diteruskan.

"Jadi saya mendesak atas dasar peribadi dan mahasiswa (juga) mendesak supaya Mybrain diteruskan," kata Najib semasa sidang akhbar di majlis tersebut di sebuah kafe di Bandar Baru Bangi.

Acara yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar itu pada mulanya dijadualkan di sudut pidato UKM, tetapi dibatalkan pihak pengurusan pada minit-minit terakhir, dengan menyatakan bahawa mereka tidak diberitahu mengenainya.

Tahun lepas, menteri pendidikan Maszlee Malik berkata program biasiswa untuk pengajian pascasiswazah dibekukan kerana tiada peruntukan untuk MyBrain.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS