Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt. Mustafa Kamal Gani mengesahkan penangkapan seorang suspek kes tipu pekerjaan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini.

Beliau berkata, JSJK IPK Sarawak telah menangkap seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini di Kuching pada pukul 3.00 petang.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan sekiranya siasatan terhadap suspek tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuching esok untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah," katanya menerusi satu kenyataan media di Kuching hari ini.

Sehingga kini, 23 orang iaitu 18 lelaki dan lima wanita telah tampil membuat laporan polis berhubung kes ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS