Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Tak campur tangan Dr M, tiba giliran saya jangan ganggu pula

PRK SEMENYIH | Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak akan mengganggu kerjanya sebagai perdana menteri.

Bercakap di ceramah di Taman Sri Jenaris malam tadi, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan hal ehwal pentadbiran Mahathir dan beliau berharap tidak akan diganggu apabila tiba gilirannya nanti untuk beliau menjadi perdana menteri.

"Kita bagi full support (sokongan penuh), kita bagi sokongan, you buat. saya tak mau campur sebab saya tak mahu ganggu kerjanya,

"Masa giliran saya itu, saya buat, jangan ganggulah saya. Itu understanding (persefahaman) kita," jelasnya.

Anwar juga menolak dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Mahathir pada sidang parlimen pada Mac akan dtaang.

"Tapi apa yang ustaz Hadi kata? Ada plot nak jatuhkan Dr Mahathir dalam niat Anwar. Ini apa? Kamu Islam, jangan fitnah orang.

"Kalau saya nak lawan, saya akan laung "Lawan tetap lawan!!" Itu barulah saya," ucap Anwar bersambut sorakan dan tepukan kira-kira 600 hadirin.

Pada 17 Februari lalu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu berikrar untuk menyokong Mahathir sekiranya berlaku 'pengkhianatan' dalam Harapan.

Takiyuddin berkata, "draf surat" yang ditandatanganinya semasa pertemuan baru-baru ini antara pucuk pimpinan tertinggi negara dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur, merupakan satu deklarasi sokongan parti untuk Mahathir sekiranya berlaku undi tidak percaya di parlimen.

Selain daripada Takiyuddin, pemimpin PAS yang lain hadir dalam pertemuan dengan Mahathir ialah Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Walau bagaimanapun pemimpin PH dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah telah menolak dakwaan mengenai undi tidak percaya terhadap perdana menteri itu.

Apabila ditanya, Mahathir berkata beliau hanya akan menunggu dan melihat jika PAS akan menghormati ikrarnya untuk menyokongnya sekiranya berlaku undi tidak percaya untuk menggulingkannya.

 

Lihat Komen
ADS