Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH 724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur, malam semalam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Thaha, di Jambi.

Portal Detik.com memetik Pengurus Besar Angkasa Pura II Jambi, Yogi sebagai berkata pesawat itu mengalami masalah teknikal tetapi enggan mengulas lanjut.

"Pastinya landing pukul 9.50 (malam) di bandara Jambi. Permohonan mendarat awalnya komunikasi pilot dengan teman-teman Airnav Jambi.

“Nanti selanjutnya dengan bandara untuk persiapan segalanya. Pesawat berpenumpang 120 orang dengan krew tujuh orang, terbang lagi sekitar 1.59 pagi tadi," kata Yogi, yang dipetik oleh Antara, hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah menguruskan dengan Jabatan Imigresen, Kuarantin dan Kastam kerana terdapat kemungkinan pesawat tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan.