Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bekas CEO Cradle Fund mati akibat cedera di kepala'
Diterbitkan:  Feb 26, 2019 12:12 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Laporan bedah siasat kedua mencadangkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan meninggal dunia akibat beberapa kecederaan kepala dan bukan disebabkan telefon bimbit yang meletup, lapor The Sun.

Mengutip sumber, akhbar itu mengatakan laporan bedah siasat tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan polis Selangor.

Nazrin, 45, ditemui mati pada 14 Jun tahun lepas selepas berlaku kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor.

Pada mulanya, Cradle Fund mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Nazrin meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit.

Laporan terbaru ini disokong oleh laporan bedah siasat pertama.

Bagaimanapun, polis mengesyaki Nazrin dibunuh selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mencadangkan kemungkinan terdapat perbuatan khianat.

Pusara Nazrin digali semula pada Oktober lalu.

Polis telah menyoal siasat beberapa ahli keluarga Nazrin dan bekas suami kepada isterinya.

Lihat Komen
ADS