Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Redzuan yakin di Semenyih, belum pasti di Rantau

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Redzuan Md Yusuf yakin Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih Sabtu ini.

Menurutnya ramalan itu berdasarkan analisa yang dibuat sebelum ini.

“Pendapat saya, saya punya analisa kalau sebelum ini saya rasa susah tapi pada hari ini ada memberi cahaya saya rasa insyallah kita we will make it (akan dapat lakukannya),” katanya dalam bicara minda di Sinar Harian, hari ini.

Sebelum itu, Redzuan ditanya secara spontan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar berhubung peluang PH di Semenyih dan juga PRK Rantau.

Berkaitan PRK Rantau, Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan mengakui belum membuat kajian dan tidak dapat menjawabnya secara tepat buat masa ini.

“(PRK) Rantau saya belum buat analisa secara sendiri. Ada banyak faktor. Nombor satu calon, kedua kita kena terus memberi maklumat kepada rakyat.

“Kita juga kena terus memperbetulkan kalau ada fitnah yang menyatakan yang itu, yang ini tak betul tetapi saya lebih kepada berkempen to tell people we want do right thing (untuk beritahu rakyat kita mahu buat perkara betul),” katanya.

Ditanya Johan mengapa beliau menampilkan dua versi jawapan bagi Semenyih dan Rantau, Redzuan berkata, banyak kriteria yang perlu diperhalusi sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

“Musuh selalu ada senjata, kita pun ada senjata tersendiri, Kita ini selalu diserang, jadi bila bercakap, kita kena bercakap dengan berhati-hati,” katanya.

Lihat Komen
ADS