Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jualan Hotel Royale Chulan belum muktamad
Diterbitkan:  Feb 27, 2019 6:10 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung penjualan aset milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) iaitu Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur.

Pejabat Menteri Pertahanan berkata, perkara itu masih dalam peringkat penilaian dan proses penjualan belum diputuskan.

“Penilaian masih dijalankan dengan teliti memandangkan lokasi hotel ini berada di kedudukan yang strategik di salah satu kawasan pelancongan utama dan zon perhotelan di pusat bandar raya.

“Oleh itu, tawaran yang terbaik daripada pembeli yang berminat sedang dalam pertimbangan dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa BHB bersedia untuk menjual aset strategiknya, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada sebuah firma Singapura, Hotel Royal Limited.

Lihat Komen
ADS