Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera
Diterbitkan: Feb 28, 2019 9:57 AM
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 7.27 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak kira-kira 10 kilometer (km) tenggara dari Sawah Lunto, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.