Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Orang Islam tak perlu takut, Tommy Thomas orang baik'

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah mempertahankan Peguam Negara Tommy Thomas yang sedang berdepan serangan media sosial yang mendakwanya anti-Islam.

Sulaiman berkata beliau mengenali Thomas selama 30 tahun dan terperanjat dengan serangan sebegitu.

Katanya, Thomas ialah individu yang taat beragama, sering ke gereja dan takutkan tuhan.

“Beliau akan bangun menentang perkauman. Thomas ialah orang yang betul untuk tugas itu dan negara ini perlukannya sekarang.

“Kita perlukan semua penjawat awam yang baik sekarang,” kata Sulaiman kepada Malaysiakini.

Tommy Thomas 

Peguam veteran itu juga berkata mengenali ibu Thomas yang menurutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai baik terhadap anaknya.

Justeru, katanya, menyifatkan Thomas sebagai anti-Islam adalah karut.

“Orang Islam tak perlu takut padanya,” kata Sulaiman.

Pegawai khas Thomas semalam membuat laporan polis susulan serangan siber yang menuduh Thomas sebagai “rasis dan anti-Islam”.

Serangan itu dibuat selepas beberapa pemimpin Umno dan PAS mendakwa beliau tidak tegas menangani pihak yang didakwa menghina Islam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS