Paling Popular
Terkini

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hari ini memberi sepatah dua kata tentang sensasi slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkan bekas perdana menteri Najib Razak.

"Bossku? Saya tak faham, ambil pencuri jadi boss? Sama-sama pencurilah tu," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas dalam program kempen pilihan raya kecil (PRK) di Semenyih hari ini.

Lebih menarik, perdana menteri itu mengucapkan kata-kata itu pada program yang menyaksikan kira-kira 100 motosikal memenuhi ruangan parkir Tesco Semenyih bagi program 'Santai 2 Roda'.

Najib, yang kini dalam perbicaraan mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berhubung skandal 1MDB, menggunakan imej 'bossku' dalam programnya.

Imej yang sering dikaitkan dengan motosikal Yamaha Y15 yang dikatakan popular dalam kalangan penyokong Najib.

'Bossku' juga sering dilihat sebagai penjenamaan semula Najib selepas BN di bawah terajunya hilang kuasa buat pertama kali pada pilihan raya umum lalu.

Lihat Komen
ADS