Pakistan akan bebaskan juruterbang India
Diterbitkan: Mar 1, 2019 8:27 AM | Dikemas kini: Mar 1, 2019 9:27 AM
Pakistan akan membebaskan juruterbang Tentera Udara India yang ditahan pada Jumaat sebagai satu usaha "perdamaian," kata Perdana Menteri Imran Khan pada Khamis.
Khan berkata demikian pada sidang Parlimen yang membincangkan mengenai ketegangan antara kedua-dua negara yang mempunyai senjata nuklear, lapor agensi berita Anadolu.
"Kami akan membebaskan juruterbang India itu esok (Jumaat)", kata Khan.
Pegawai Tentera India, Komander Abhinandan ditahan pasukan keselamatan Pakistan selepas jetnya MIG 29 ditembak pesawat tentera Pakistan berhampiran sempadan Kashmir.
Perkembangan terbaru itu beberapa jam selepas New Delhi berkata usaha sedang dijalankan untuk membebaskan juruterbang terbabit.
-- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.