Nahdatul Ulama (NU) mencadangkan kumpulan Islam terbesar negara itu tidak menggunakan istilah kafir bagi merujuk warga Indonesia bukan Muslim.

Abdul Moqsith Ghazali yang mengetuai mesyuarat pusat NU berkata langkah itu boleh menyinggung perasaan pihak beragama lain, lapor Tempo.

"Ini dianggap sebagai mengandungi kekerasan teologi.

“Kerana itu, kiai dengan hormatnya tidak menggunakan istilah kafir dan menukarkan dengan muwathinun, membawa maksud warganegara.

“Dengan penggunaan muwathinun, status mereka setaraf dengan rakyat Indonesia yang lain," kata Abdul Moqsith di sebuah sekolah pondon di Jawa Barat kelmarin.

Bagaimanapun, kata Abdul Moqsith, ia tidak bermaksud NU akan menghapuskan perkataan kafir dalam al-Quran atau hadis. 

Sebaliknya, ia reaksi terhadap istilah tersebut telah disalahgunakan oleh kumpulan tertentu dengan niat diskriminasi.