Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rasmi: Semenyih kembali kepada BN
Diterbitkan:  Mar 2, 2019 8:42 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

PRK SEMENYIH | Kerusi DUN Semenyih kembali dikuasai BN selepas pengundian hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengisytiharkan kemenangan calon BN Zakaria Hanafi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di Kajang.

Kemenangan BN ini merupakan pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.

Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.

Ia juga merupakan kemenangan kedua BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14.

Zakaria yang mendapat 19,780 undi menang dengan majoriti 1914 undi.

Sementara itu, calon PH Muhammad Aiman Zainali pula memperolehi 17,866 undi.

BN mendapat 50.44 peratus undi, meningkat daripada 30.88 peratus pada PRU lalu. Boleh dikatakan antara faktor utama peningkatan itu adalah undi daripada penyokong PAS.

Calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 847 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng 725 undi.  Kedua-dua calon bebas dan PSM hilang wang pertaruhan.

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.

Lihat Komen
ADS