Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sosma, Akta Perhimpunan Aman akan dibahas sidang parlimen ini
Diterbitkan:  Mar 5, 2019 4:55 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Dua undang-undang kontroversi era BN akan dibahaskan pada sidang parlimen akan datang ini, maklum Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Undang-undang itu ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Perhimpunan AMan (PAA).

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mengulas sama ada undnag-undang berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan.

"Tunggu sehingga kabinet buat pengumuman, saya tidak boleh cakap lagi sekarang," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sosma dikritik sebagai versi baru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Sementara itu, PAA pula dikritik sebagai satu cara kerajaan BN sebelum ini untuk menyekat kebebasan berhimpun.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji untuk menghapuskan peruntukan yang tidak masuk akal dalam Sosma, PAA dan undang-undang lain, termasuk Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Disember lalu, Muhyiddin berkata Sosma dan Poca akan dikekalkan tetapi dengan pindaan.

Menurutnya jawatankuasa yang mengkaji semula Poca telah membuat "banyak kemajuan" tetapi tidak memberi tempoh masa untuk dibawa ke parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS