Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerjasama Umno-PAS mesti libatkan BN, kata Nazri

Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz menyifatkan kerjasama antara PAS dan Umno yang dimeterai hari ini adalah satu keputusan yang sangat baik.

Bagaimanapun, Nazri berkata kerjasama Umno-PAS itu perlu melibatkan Barisan Nasional (BN).

“Kerjasama PAS dan Umno bagus untuk perpaduan Melayu dan Islam.

"Tapi pada pandangan saya mesti berbentuk BN dan PAS, sebab kalau Umno dan PAS sahaja akan nampak Melayu sangat. 

"BN dan PAS nampak multi racial,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Nazri berkata demikian mengulas kesepakatan Umno dan PAS dalam membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan butiran kerjasama ke arah penyatuan ummah dan rakyat yang dimeterai kedua-dua parti itu hari ini.

Mengulas lanjut sejauh mana rakan kompenan BN akan menerima kerjasama tersebut, Nazri berkata perkara itu harus diterima mereka.

Kata Nazri,ini kerana kerjasama itu tidak semestinya akan merugikan mereka.

“Saya rasa apa sekali pun kepentingan orang Melayu dan Islam kena utamakan tanpa ketepikan kepentingan orang lain.

"Tak semestinya BN dan PAS bekerjasama baik akan merugikan orang bukan Melayu. No way,” katanya.

Lihat Komen
ADS