Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) perlu diadakan untuk merombak lembaga pengurusan kuil Batu Caves, gesa sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Reform Batu Caves.

Kumpulan itu juga menuntut sesemua ahli lembaga Sri Maha Mariamman Devastanam yang mengurus kuil Batu Caves perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Reform Batu Caves turut mendesak pemecatan lapan ahli lembaga pengurusan kuil tersebut, manakala berkata empat daripada ahli lembaga pengarah ini pula perlu dipecat dalam masa tujuh hari.

Lapan orang disebut kumpulan itu merupakan pemegang amanah untuk sekeping plot tanah di bawah seliaan kuil Sri Maha Mariamman Devastanam dan didakwa terlibat dalam aktiviti penjualan tanah yang mencurigakan.

Pengerusi Reform Batu Caves, Arun Dorasamy mendakwa kesemua 69 ahli lembaga bersubahat dalam kes penjualan tanah di bawah seliaan kuil tersebut.

“Kami meminta semua ahli lembaga Devastanam untuk letak jawatan sebagai tanggunjawab bersama. Mereka harus bertanggugjawab atas kesalahan yang telah berlaku.

“Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan sebuah kuil diserbu oleh pihak SPRM,” ujar Arun kepada Malaysiakini.

Menurut Arun, jika tiada langkah diambil pihak pengurusan kuil Batu Caves maka tindakan undang-undang boleh diambil.

Lihat Komen
ADS