Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hanya Redzuan yang boleh diharap perkasakan usahawan Melayu, kata DPMM

Pemangku Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia (DPMM) Syed Hussein Alhabshee memberi sokongan penuh kepada Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof atas usaha memperkasa usahawan bumiputera.

Kata Syed Hussein hal itu kerana DPMM berpendapat hanya Redzuan yang boleh diharapkan untuk menjayakan usaha tersebut berdasarkan usaha-usaha yang ditonjolkan selama ini.

“Kerana kami lihat tiada lagi menteri yang boleh diharapkan.

"Beliau saja yang mengambil langkah tepat dalam menjalankan resolusi tersebut,” katanya pada sidang media di Kementerian Pembangunan Usahawan, Putrajaya hari ini.

Syed Hussein berkata kurang seminggu selepas perasmian Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB), Redzuan telah turun padang di Sarawak dan 14 buah negeri lain.

KUB dirasmikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1 September lalu bertujuan untuk meluaskan lagi rangkaian serta memantapkan ilmu keusahawanan.

Kata Syed Hussein, antara isu yang diketengahkan untuk mendekati usahawan ke akar umbi ialah pemberian dana dan pinjaman sebagai modal perniagaan.

Menurutnya, usahawan bumiputera mengalami kesukaran untuk memulakan perniagaan jika tidak diberikan bantuan awal.

“Saya berpendapat jika tidak diberikan start-up grant (bantuan awal), mereka susah nak berniaga," katanya.

Lihat Komen
ADS