Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan negeri perlu dedah pendapatan penduduk yang diusir - MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk mendedahkan sama ada penyewa yang diusir dari projek perumahan Rakyat Manggis (PPR) tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah B40 atau tidak.

"Seperti yang kita faham, pengusiran tersebut telah diberikan justifikasi, isu-isunya antara lain, pendapatan penghuni melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Dalam hal ini, persoalan yang perlu diumumkan mengenai orang terjejas itu adalah jika pendapatan mereka sekarang telah mengeluarkan mereka daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40)?" Soal Setiausaha Bahagian MTUC K Veeriah.

Justeru itu, beliau menuntut kerajaan negeri untuk mendedahkan tahap pendapatan sebenar penduduk yang diusir itu.

"Kami berpendirian, tanpa mengira tahap pendapatan, kerajaan mempunyai kewajipan moral untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah dalam negara.

"Kami, bagaimanapun, menyedari hakikat lebih mudah dikatakan daripada dilakukan," kata Veeriah kepada Malaysiakini hari ini.

Setpol Dr M jumpa penduduk

Beberapa keluarga daripada 22 penghuni yang kehilangan kelayakan mereka untuk menyewa rumah PPR di Jalan Burma menentang pengusiran mereka pada 6 Mac lalu.

Mereka juga mengadakan tunjuk perasaan di bangunan Komtar, menyasarkan pejabat kerajaan Pulau Pinang di situ.

"Kami, bagaimanapun, menyedari hakikat lebih mudah dikatakan daripada dilakukan," katanya.

Penunjuk perasaan berkesempatan bertemu dengan setiausaha politik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya di bangunan Komtar malam tadi bagi menyampaikan tuntutan penyelesaian.

Abu Bakar, yang akan mengemukakan laporan kepada Mahathir mengenai perkara itu, menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan cerita-cerita yang tidak disahkan mengenai pengusiran tersebut.

Gesa penduduk diusir kembali menyewa

Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo telah mempertahankan tindakan pengusiran itu menyatakan antara sebabnya, penyewa tidak layak untuk terus tinggal di situ kerana ingkar membayar sewa dan/ atau caj penyelenggaraan; pendapatan bertambah melebihi RM1,500 bagi isi rumah; didapati berkahwin dengan warga asing atau apabila memiliki hartanah lainnya.

Menurut Jagdeep pada masa ini terdapat 1,137 pemohon dalam senarai menunggu menyewa PPR di PUalau Pinang, manakala cuma 999 unit yang tersedia, iaitu 734 rumah di Daerah Timur Laut dan di Taman Manggis sebanyak 494 unit.

Walau bagaimanapun, Veeriah berkata sebab-sebab yang disebutkan Jagdeep tidak mewajarkan pengusiran kerajaan negeri terhadap penduduk Taman Manggis itu.

Veeriah mendesak supaya semua penyewa yang diusir dibenarkan kembali menyewa unit PPR Taman Manggis mereka.

PPR Taman Manggis terletak di persimpangan Jalan Zainal Abidin dan Jalan Burmah di George Town, flat 18 tingkat bersaiz 650 kaki persegi, menempatkan 320 isi rumah.

Unit-unit ini disewakan kepada keluarga yang tergolong kategori miskin tegar dengan kadar nominal RM100 sebulan.

Unit-unit ini disewakan kepada keluarga yang tergolong kategori miskin tegar dengan kadar nominal RM100 sebulan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS