Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PH buat tiga laporan polis ke atas presiden Umno
Diterbitkan:  Mar 8, 2019 1:08 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Laporan polis serentak dibuat di Ipoh, Teluk Intan dan Kampar pagi ini berhubung kenyataan kontroversi pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan yang dibuatnya minggu lalu.

Setiausaha publisiti DAP Perak, Chong Zhemin, berkata laporan yang dibuat bagi pihak Pakatan Harapan itu mahu siasatan dijalankan ke atas Mohamad.

Ia berhubung kenyataan pemimpin Umno itu bahawa orang yang sepatut menjadi tuan tanah telah menjadi penumpang dengan rumah kecil, manakala orang dahulunya penumpang di tanah air kini tinggal di rumah besar.

Dalam ucapan yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Semenyih pada 1 Mac lalu, Mohamad yang juga adalah bekas MB Negri Sembilan merujuk kepada bilangan bukan Melayu yang terlalu ramai di Dewan Rakyat.

Chong, yang juga ADUN Keranji berkata istilah seperti "penumpang" atau "pelawat" tidak seharusnya digunakan untuk merujuk mana-mana rakyat Malaysia.

"Kita semua dilahirkan dan dibesarkan disini dan satu hari kita juga akan mati di Malaysia. Ini tanah air kita."

Beliau juga menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Lihat Komen
ADS