Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Janji p'raya tak boleh khas untuk kawasan terbabit saja - Bersih

Segala janji yang dibuat oleh kerajaan pemerintah semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) tidak boleh bersifat eksklusif, khusus terhadap kawasan kerusi terbabit sahaja.

Pengerusi kumpuluan reformasi pilihan raya, Bersih, Thomas Fan berkata janji yang dibuat oleh pihak kerajaan melibatkan sumber kerajaan terhadap kawasan terlibat pilihan raya boleh dianggap sebagai pengaruh tidak wajar.

“Bukanlah maksudnya, fungsi kerajaan perlu berhenti setiap kali tiba pilihan raya. Seperti kenyataan kami sebelum ini, [...] jika ada janji dalam tempoh kempen, ia tidak harus eksklusif membabitkan cuma kawasan terlibat pilihan raya sahaja.

“Jika mereka (kerajaan) berjanji naik taraf sekolah di seluruh Selangor (semasa PRK), tidak mengapa. Anda boleh persoalkan tentang masanya yang kebetulan dengan PRK, tetapi kita tak boleh kata kerajaan tak boleh buat sebarang pengumuman langsung.

“Tetapi untuk sekurang-kurangnya dua minggu tempoh berkempen (untuk PRK), kerajaan yang bertanggungjawab tak patut buat tawaran atau janji yang eksklusif pada kawasan terbabit PRK,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih di Petaling Jaya, hari ini.

Tambahnya lagi, janji yang dibuat kerajaan juga tidak seharusnya mempunyai syarat-syarat tertentu yang melibatkan penduduk di kawasan yang terlibat.

“Apabila buat janji, tak patutlah ada syarat seperti ‘saya akan bina sekolah di Semenyih, jika calon saya menang PRK ini’.

“Itu tak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan pemerintah, kerana anda bertanggungjawab untuk semua rakyat, tidak kiralah rakyat yang menyokong parti pembangkang atau pun kerajaan,” jelas Thomas lagi.

Menurut Laporan Pemerhatian PRK Semenyih oleh Bersih 2.0, terdapat lapan kes pengaruh tidak wajar dilaporkan, semuanya dilakukan oleh PH. 

Lihat Komen
ADS