Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir menyindir usaha antara PAS dan Umno untuk merampas Kedah dan Perak melalui kerajaan perpaduan (UG).

Beliau dengan sinis turut mengucapkan tahniah kepada Umno kerana memberi laluan kepada PAS untuk mengambil alih kerajaan negeri itu.

“Saya dah ucap tahniah kepada Umno sebenarnya kerana beri laluan kepada PAS untuk ambil alih Kedah.

“Ini satu sifat murah hati yang begitu hebat daripada Umno kerana dengan gabungan itu yang tentunya akan jadi lebih kuat di Kedah adalah PAS dan bukan Umno,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Sebelum itu beliau diminta mengulas mengenai usaha antara PAS dan Umno untuk mewujudkan UG dengan tujuan merampas Kedah dan Perak.

Ketika ini BN mentadbir Perlis dan Pahang, sementara PAS pula membentuk kerajaan negeri di Terengganu dan Kelantan.

Sementara Perak dan Kedah yang diterajui Pakatan Harapan kini membentuk pentadbiran negeri dengan majoriti kecil iaitu masing-masing tiga dan empat kerusi.

Kini, Pakatan Harapan (PH) menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan memiliki sebanyak 19 daripada 36 kerusi.

Pada PRU14 PAS memenangi 15 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) hanya tiga kerusi.

Bagaimanapun, pada 12 November 2018 Adun Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail bertindak keluar Umno dan kemudiannya menyertai Bersatu pada Disember tahun lalu, menyebabkan BN cuma tinggal dua kerusi.

Lihat Komen
ADS