Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penduduk PPR diusir, k'jaan P Pinang capai penyelesaian - Ahli majlis

Bahagian Perumahan Awam Kerajaan Pulau Pinang dan penduduk (PPR) Taman Maggis yang diusir baru-baru ini telah mencapai penyelesaian.

Ini bermakna penduduk yang diusir akan mengakhiri bantahan perkhemahan selama enam hari. Penduduk sedang mengemas barang-barang mereka dan meninggalkan kawasan tersebut petang tadi.

Mereka telah membatalkan acara BBQ yang telah dirancang mereka bagi meraikan kuasa rakyat dalam mendapatkan penyelesaian itu.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, David Marshal yang membuat rundingan perkara itu bagi pihak penduduk, kedua-dua pihak telah mencapai "penyelesaian yang sangat baik".

Menurut penduduk, penyelesaian itu melibatkan lima keluarga, yang dibenarkan pulang ke unit PPR mereka selama dua minggu, dan setelah itu mereka sepakat untuk berpindah keluar dengan barang-barang mereka.

Difahamkan kerajaan menawarkan dua buah rumah kos rendah atas dasar untuk disewa beli.

Unit kediaman berharga RM40,000 itu terletak di jalan McCallum Street Ghaut dan penghuni perlu membayar RM220 sebulan untuk unit tersebut.

Malah pemastautin Khalidah Nazir Ahmad, yang baru-baru ini didedahkan pernah melakukan penerbangan kelas perniagaan ke Sri Lanka, telah meminta rumah kos rendah (RM72, 500) di kawasan bandar.

Sumber yang juga salah seorang penghuni berkata dia sanggup menunggu sehingga dia mendapat satu unit rumah dan dia juga bersedia untuk keluar dari PPr Taman Manggis.

Aktivis yang membantu penduduk yang diusir mendakwa penyelesaian ini merupakan kemenangan kuasa rakyat yang menyebabkan kerajaan Pulau Pinang 'menyembah' untuk memenuhi tuntutan mereka.

Malaysiakini telah menghubungi exco perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo untuk mengesahkan penyelesaian tersebut. Difahamkan Jagdeep akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan penyelesaian itu esok.

Pada 6 Mac lalu, 22 penduduk diusir daripada rumah PPR di Taman Manggis yang disewa secara bulanan RM100 kerana mereka didapati tidak lagi memenuhi syarat menyewa kediaman yang dikhaskan untuk golongan miskin tegar dalam tempoh pajakan lima tahun.

Setpol PM juga jumpa penduduk

Sejak itu, beberapa penduduk, termasuk kanak-kanak dan warga emas telah berkumpul di Komtar untuk membantah keputusan kerajaan Pulau Pinang mengusir mereka.

Kira-kira lima keluarga berkhemah di luar Komtar, tempat terletaknya pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Mereka tidur di tingkat bawah dan telah dikunjungi oleh beberapa pihak, termasuk Gerakan dan MCA yang hadir menunjukkan solidariti.

Bahkan setiausaha politik kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed, Abu Bakar Yahya juga bertemu dengan penduduk di Komtar dan berkata penyelesaian akan dicapai tidak lama lagi.

Pada 5 Mac lalu, Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata antara sebab penyewa tidak layak untuk terus tinggal di situ kerana ingkar membayar sewa dan/ atau caj penyelenggaraan; pendapatan bertambah melebihi RM1,500 bagi isi rumah; didapati berkahwin dengan warga asing atau apabila memiliki hartanah lainnya.

Menurut Jagdeep pada masa ini terdapat 1,137 pemohon dalam senarai menunggu menyewa PPR di PUalau Pinang, manakala cuma 999 unit yang tersedia, iaitu 734 rumah di Daerah Timur Laut dan di Taman Manggis sebanyak 494 unit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS