Paling Popular
Terkini
story images
story images

ULASAN l Paling tercela Islam di sisi Allah dan hakikat umum di Malaysia ialah apabila seorang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Aishah, bonda seluruh umat Islam melalui sebuah karikatur di Facebooknya.

Segera timbul reaksi umat Islam, mengadu kepada polis. Syabas polis dalam waku yang singkat menahan bedebah itu.

Menghina Nabi SAW bukan sekadar menghina penganut Islam seluruhya, ia menghina Allah yang mencipta alam seluruhnya termasuk manusia yang berbagai agama dan kepercayaan.

Di sisi Islam ia jenayah paling teruk dan hukumannya amat keras.

Apabila Islam murtad, Salman Rushdie, keturunan India yang jadi rakyat British menghina ayat-ayat Allah, al-Quran kira-kira 40 tahun lalu, Ayatullah Khomeini menjatuhkan hukum bunuh kepadanya dengan menawarkan jutaan pound kepada siapa yang dapat membunuhnya.

Sekalipun bedebah Rushdie masih belum dibunuh, sebalik Khomeini sudah dekat 30 tahun meninggal, tetapi itulah tepat bagi jenayah agama seperti itu.

Islam menetapkan hukumnya bunuh mandatori. Khalifah khususnya Khalifah ar-Rasyidin menguatkuasakan peraturan itu.

Polis telah menangkap dan menahannya. Tetapi polis tidak dapat menahannya lama. Beberapa hari saja dia dilepaskan.

Sekadar hiasan?

Mengapa jenayah hukum bunuh boleh dilepaskan dalam masa tiga hari? Tentu peruntukan itu menguatkuasakan hukuman Islam tidak ada atau Islam itu sendiri tidak berdaulat di negara kita. Sedang Islam dimateraikan sebagai agama Persekutuan yang umum memahaminya agama rasmi.

Agama ada tetapi bila ia tidak dikuatkuasakan, ia adalah tanda ia tidak berdaulat. Kalaupun undang-undang ada tetapi undang-undang tidak didaulatkan ia tanda digunakan, maka ia dikira tidak mendaulatkan undang-undang

Bila Islam tidak dapat berbuat banyak atas penulis Facebook yang mencerca Islam, maka ia tanda Islam tidak berdaulat dan peruntukan yang ada dalam perlembagaan hanya sebagai hiasan.

Kelemahan itu sudah ada sejak perlembagaan itu ada. Apabila perlembagaan yang ada tidak dapat berbuat apa, ia bukti negara ini tidak berdaulat sedang dalam semua mana kerajaan mendakwa Islam berdaulat di negaraku.

Jika Khalifah Umar al-Khattab di negara kita sekarang tentu kuatkuasakan peraturan Islam itu.

Orang tidak kata beliau kejam, zalim, pelampau, abaikan Islam, bah orang kira beliau adil, kiranya ada Nabi SAW selepas Rasulullah SAW, sabda Nabi, dia adalah Saidina Umar.

Dengan kebanyakan tindakannya ditohmah buruk oleh anti-Islam, Islam mengiktirafnya khalifah yang tinggi tinggi/keras tindakannya, tetapi semua tindakannya dikira paling adil untuk semua.

Rahmat masuk Islam

Jika Saidina Umar memerinah Malaysia sekarang, penulis Facebook itu nescaya dikenakannya hukum mati. Tetapi Islam iktiraf beliau pemerintah yang adil dan jika ada nabi selepas Rasulullah SAW, nescaya beliaulah.

Tiada siapa dapat sewenang-wenangnya dapat lepas dari hukum bunuh atas kesalahan menghina Nabi SAW itu. Sekalipun penjenayah itu termasuk bukan Islam akan dikenakan hukuman itu.

Jika yang murtad itu orang Islam, dia diberi peluang taubat. Bukan Islam, sememangnya kafir, mana ada peluang taubat pada kafir. Tetapi peluang syurga ada padanya. Konsep taubat hanya ada Islam. TIdak taubat pada kafir.

Tetapi kafir memeluk Islam dosanya terhapus sekalipun menghina Nabi SAW. Hukum bunuh atas penghina Nabi SAW tidak dihukum jika dia masuk Islam kerana rahmat masuk Islam itu lebih besar dari taubat.

Adapun Malaysia, atas apa alasan sekalipun, jika tidak bertindak terhadap jenayah menghina Nabi SAW, walaupun rajanya Islam, perdana menterinya Islam, perlembagaannya catit Islam agama negara, tiada maknanya di sisi Allah. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya? Tak bergunalah Islamnya!


SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan tajuk yang sama.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS