Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hukuman mati mandatori bagi 11 jenis kesalahan bakal dimansuhkan
Diterbitkan:  Mar 13, 2019 1:01 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

PARLIMEN l Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Ini melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

“Kita telah buat keputusan, kerajaan hanya menghapuskan hukuman mati mandatori sahaja, maknanya kita akan buat pindaan.

“ Itu adalah seperti janji ke 27 dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya menjawab soalan Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa sesi soal jawab.

Menjawab soalan tambahan Abdullah sama ada kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen untuk membincangkan secara teliti mengenai pemansuhan hukuman mati sebelum ianya dibentangkan sebagai Rang Undang-undang, Mohamed Hanipa berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada kerajaan.

Pada Oktober 2018, kabinet memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 33 jenis kesalahan yang merangkumi lapan akta.

- Bernama

Lihat Komen
ADS