Isu M. Moorthy: NGO Islam mahu PM bertindak terhadap menteri
Terjemahan Satu kumpulan pertubuhan bukan kerajaan Islam menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan tegas terhadap menteri-menteri kabinet yang membuat kenyataan yang memburukkan lagi ketegangan yang timbul dari isu pengkebumian M.Moorthy.
Terjemahan Satu kumpulan pertubuhan bukan kerajaan Islam menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan tegas terhadap menteri-menteri kabinet yang membuat kenyataan yang memburukkan lagi ketegangan yang timbul dari isu pengkebumian M.Moorthy.
Dalam memorandum yang dihantar kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu, pertubuhan-pertubuhan berkenaan melahirkan ketidaksenangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan provokatif dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh beberapa orang menteri berkenaan.
Menurut memorandam tersebut, kenyataan menteri-menteri tersebut tidak membantu meredakan keadaan sebaliknya melukakan hati umat Islam negara ini.
Memorandam itu ditandatangani oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Forum Professional Muslim (MPF), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
NGO berkenaan mendakwa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz sebagai salah seorang daripada menteri berkenaan.
Nazri dilaporkan berkata, " jika kita benarkan mahkamah syariah membuat keputusan terhadap isu penganutan agama, keadilan tidak akan muncul kerana ia akan hanya menyebelahi orang Islam. "
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berkenaan juga mencadangkan kerajaan bertindak terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan daripada isu keagamaan itu.
Memorandum berkenaan yang antara lain menyokong pengekalan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memisahkan penghakiman sivil dengan mahkamah syriah telah dihantar kepada Setiausaha Politik Abdullah, Datuk Osman Desa di Putrajaya semalam.
Perdebatan berhubung kewajaran artikel 121 (1A) itu timbul ekoran kematian wira Everest, M. Moorthy yang telah memeluk Islam sebelum kematiannya tetapi mahu dikuburkan secara Hindu oleh keluarganya kerana mereka tidak tahu tentang pengislaman Moorthy.
President JIM. Zaid Kamaruddin berkata, kumpulannya telah meminta mengadakan pertemuan dengan Perdana Meneteri untuk membincangkan lebih lanjut isu itu.
Dalam memorandam itu, pertubuhan-pertubuhan berkenaan juga mengucapkan teruima kasih kepada Abdullah kerana menolak desakan meminda peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

