Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tindakan MIC bela PAS dihargai - Setpol Hadi
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 5:14 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Tindakan MIC yang mempertahankan PAS pada perbahasan di Dewan Rakyat semalam sangat dihargai dan menunjukkan sikap berbeza dengan pemimpin DAP, maklum Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman.

"Di kala pemimpin DAP menuduh Malaysia akan menjadi 'negara Taliban' di bawah pemerintahan PAS, dan di saat pemimpin Amanah menyokong kuat dakyah dan hasutan DAP, tampil pemimpin MIC membela PAS di parlimen.

"Setinggi penghargaan diucapkan kepada MIC di atas keterbukaan dan kematangan berpolitik yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi MIC, bermula daripada pertemuan bersejarah di antara Presiden MIC dan Presiden PAS pada 19 Ogos 2018, seterusnya disusuli dengan beberapa pertemuan dan program bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin MIC ini jelas berbeza dengan sikap pemimpin DAP yang sering menanamkan bibit kebencian dan sentimen perkauman di dalam negara, malah tidak senang apabila PAS mengambil usaha untuk merapatkan hubungan di antara kaum dan agama dalam negara," katanya juga pengarah strategi Pemuda PAS.

Pada pertemuan 19 Ogos 2018 di pejabat PAS di Jalan Raja Laut itu persefahaman tercapai antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan Presiden MIC S A Vigneswaran.

Fitnah kekal sebagai fitnah

Dalam kenyataan media dikeluarkan Pejabat Presiden PAS, Vigneswaran memberitahu MIC bersedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama, termasuk memberikan sokongan kepada calon PAS dalam PRK Seri Setia ketika itu.

Semalam ketika perbahasan menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan, yang juga merupakan timbalan presiden MIC, sekali lagi mengulang pendirian partinya mengenai kerjasama dengan PAS dan menyokong penuh 'persandingan politik' PAS dan Umno.

"PAS ini memang adil untuk semua kaum. Walaupun PAS ini ditubuhkan untuk membela nasib umat Islam tetapi mereka membela bukan Islam menubuhkan satu jawatankuasa sebagai medan untuk bukan Islam menyertai PAS," kata MP Tapah.

Saravanan turut menolak dakwaan MP Jelutong (DAP) RSN Rayer yang menyebut PAS pernah mendakwa bahawa orang bukan-Islam tidak boleh dilantik sebagai menteri.

“Fitnah itu kekal sebagai fitnah,” jelas timbalan presiden MIC itu lagi kepada Dewan Rakyat.

Lihat Komen
ADS