Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib ke tandas tak minta izin mahkamah: Biasakan diri bosku - Hanipa
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 10:14 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Laporan prosiding rayuan Najib Razak di Mahkamah Rayuan hari ini yang dihentikan seketika susulan tindakan bekas perdana menteri itu yang keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya mendapat perhatian Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin.

"Alah bisa tegal biasa bossku.

"Ada tertuduh yang didakwa di mahkamah dilaporkan telah keluar ke tandas ketika proses mahkamah sedang berlangsung. Kesalahan beliau ialah keluar tanpa minta izin/ beritahu mahkamah melalui peguambela beliau," katanya dalam suatu hantaran di media sosial malam ini.

Hanipa bagaimanapun tidak menamakan Najib tetapi kenyataannya dipercayai merujuk kepada MP Pekan itu apabila menyebut "mantan perdana menteri didakwa di mahkamah."

"To be fair (untuk berlaku adil) mungkin juga beliau tidak familiar (biasa) dengan prosedur mahkamah.

"Begitu juga kita orang Malaysia yang tak familiar melihat mantan PM didakwa di mahkamah jauh sekali nak lihat duduk di kandang OKT (orang kena tuduh)," sindir pemimpin Amanah itu.

Menurut Hanipa pendakwaan dan perbicaraan terhadap bekas perdana menteri merupakan hikmah peralihan kuasa pada PRU14 lalu.

"Inilah kehebatan 9 Mei 2018, banyak benda yang tak familiar dulu, kini dah mula familiar.

"Selepas ni, andai kata disabitkan bersalah mungkin kena familiar pulak peraturan atau prosedur penjara bosku," jelasnya.

Terdahulu petang tadi, peguam Muhammad Shafee Abdullan yang mewakili Najib memberitahu hakim bahawa beliau telah menjelaskan kepada anak guamnya kepentingan untuk memberi isyarat kepada peguam supaya memastikan jika prosiding boleh dihentikan untuk membolehkannya ke tandas.

Ketika ditemui selepas prosiding hari ini, Shafee berkata Najib hanya menunjukkan ketertibannya.

"Dia bukan peguam. Dia fikir dia bertindak tertib dengan secara senyap meninggalkan kamar untuk tidak mengganggu prosiding. Dia tak tahu tak boleh keluar, walau seminit (tanpa minta kebenaran)," katanya.

Lihat Komen
ADS